Friday 26 December 2014

"Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman"


Hai-2.. Lama rasanya tak join segmen.
Masa blogwalking tadi terjumpa segmen kat satu blog iaitu Blog Cik Iman.
So, sesape nak join sekali boleh juga, Segmen ni tamat pada 4 Januari 2015. Jadi, jom arr join. :)
Kalau nak  join, just click banner kt bawah tu k.
tag:
Inna
Izzati
Intan

Thursday 25 December 2014

Betullah manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.

Sudah 10 bulan ku tinggalkan blog yang tidak berupdate . Kekangan masa disebabkan banyak tugasan dan urusan seharian , tiada masa untukku meluangkan masa menaip entri pada kebiasaannya. Akhirnya , bulan Disember tiba setelah semua peperiksaan dan kerja-kerja yang amat memerlukan aku untuk mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Aku bukanlah seorang yang rajin atau amat menepati masa. Aku ni jenis yang suka 'nanti-nanti. Disebabkan sikap itulah aku selalu menghadapi masalah membuat kerja di saat-saat akhir sampai aku sakit kepala bila terlalu memikirkan kerja aku yang semakin bertimbun. 

Habis je exam, banyak benda nak pikir. nak buat itulah inilah dan macam-macam lagi. Belum lagi kerja kat rumah. uhuiii.. buat aku tertekan juga kadang-2. Tapi aku perlu menerima semua ini dengan kerelaan hati sebab ni semua memang kehidupan aku dari dulu lagi. So, positive kan dirimu ! hehe.

Aku bukannya apa, aku just nak cakap kadang-2 bila kita dah rancang sesuatu perkara dan kita hampir dah nak lakukannya, tiba-2 perkara tu tak jadi sebab halangan dan ada perkara lain yang mesti kita lakukan dahulu, maka perkara yg kita rancangkan tak dapat untuk kita buat.  Apalagi, perasaan kecewa mesti hadir sebab kita nak sangat buat tapi tak dapat nak buat sebab kita ada perkara yang lebih penting nak buat. Kecewa, hampa dan sedih sangat.


So, mungkin ini sesuatu yang terjadi kat aku disebabkan ada perkara lebih aku perlu buat dan ia mungkin terselit sebuah hikmah yang aku tak tahu...

Betullah manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menetukaan segalanya. Serapi manapun kita merancang dan sudah sampi ke peringkat terakhir sekalipun jika Allah tak mengizinkan ia pasti berlaku.  


Sekian,.. ini hanya entri biasa dari diri yang kerdil dan masih belajar tentang kehidupan dunia yang penuh dengan perkara yg tak dijangkakan. 

Smile is the best medicine in the world so, Keep Smiling (^_^)

Tuesday 25 February 2014

Bersyukurlah.




Kata2 nasihat ini dpt mengurangkan tekanan yang ku hadapi skrg. Alhamdulilah:))