Sunday 21 July 2013

Dimana kan ku cari?



Kenapa hati masih tak tenang meskipun selalu solat?
Kenapa fikiran masih leka meskipun selalu solat?
Dimanakah silapnya?
Apakah yang sudah kita lakukan sehingga ketenangan itu susah untuk dirasai?
Kenapa masih jua ada rasa sedih, padahal kita berusaha untuk tersenyum..
Kenapa masih juga timbul salah faham antara kita, padahal kita sudah lama saling mengenali..
Kenapa masih jua timbul rasa sangsi padahal, kita sudah saling percaya antara satu sama lain..
Mengapa ketenangan itu seakan sukar untuk dirasai..
Mengapa sukar untuk mengukir senyuman sedangkan ia adalah mudah berbuat demikian..
Mengapa?



Wahai hati, mengapa aku begini…
Mengapa aku sukar untuk merasai ketenangan, mengapa aku perlu berfikir banyak perkara..
Sedangkan ia sudah lama berlalu ..
Ujian hidup kdangkala membuat diri kepada putus asa..
Namun, ujiann hidup lah yang sebanrnya yang mendekatkan diri kepada Pencipta ..



Mengapa harus bimbang? Allah bersama kita..
Dia menguji kerana Dia rindu akan doa hambaNya yang lalai ini..
Dia ingin hambaNya sujud kepadanya..memohon dan mengadu padaNya..Allah mendengar segala rintihan hambaNya meskipun kadangkala kita hampir terjatuh  menyentuh bumi… Allah ada..

No comments: