Tuesday 16 July 2013

Stage fright un semua orang !

Assalamualaikum,

Helo2..korang mesti pernah terlibat dalam  pembentangan kan?
Tak kira lah di sekolah ataupun di tempat kerja..

Dan biasanya, begi yang tidak biasa berckap di hadapan penonton akan mengalami simpton 'stage fright'
Dan ini lah aku hadapi sebelum ini..
aku tak biasa membentang..
aku mudah 'blank' apabila mula ditanyakan soalan..

jadi di sini aku mahu kongsikan satu artikel tentang stage fright..
Bacalah ! kerana semua orang mesti pernah mengalaminya !




Stage fright merupakan suatu keadaan gementar apabila diperhatikan di atas pentas oleh ramai pihak. Walaupun ramai yang menghadapi masalah ini, tidak ramai yang memahami sebab sebenar perkara ini. 

  • Jantung berdegup kencang, berpeluh, kesukaran untuk bernafas dan kesukaran untuk berfikir adalah simptom-simptom stage fright yang biasa. Mengapakah berlakunya simptom-simptom ini dan apakah kaitannya dengan pembentangan?

  • Stage fright sebenarnya adalah reaksi physiology normal seorang manusia. Apabila seseorang itu diancam, atau terasa diancam, otak akan memulakan satu reaksi yang digelar 'flight or fight reaction'. 
  • Dahulu kala, sebelum zaman batu lagi, terdapat pelbagai ancaman terhadap manusia, contohnya haiwan buas. Apabila manusia berasa terancam, badan akan mula mengesuaikan diri untuk lari atau berlawan. Jantung akan mengepam dengan lebih laju untuk membekalkan oksigen yang lebih. 
  • Begitu juga dengan pernafasan yang lebih laju untuk membekalkan lebih oksigen.Darah akan disalurkan lebih kearah kaki, menyebabkan kurangnya darah dikepala, menyebabkan pening dan sukar untuk berfikir. 
  • Jika manusia tersebut lebih cenderung untuk melarikan diri daripada berlawan, darah di tangan juga akan disalurkan ke kaki, menyebabkan tangan menjadi sejuk. Pengaliran darah yang lebih ke kaki memudahkannya untuk melarikan diri. 
  • Badan mula mengeluarkan peluh akibat suhu badan yang meningkat akibat aktiviti-aktiviti ini. 
  • Reaksi ini adalah sebahagian daripada mekanisma pertahanan diri seorang manusia. Sehingga ke hari ini, reaksi 'flight and fight' masih kekal dalam seorang manusia normal dan tetap akan bertidak balas terhadap 'ancaman', seperti mana yang berlaku dalam ketika stage fright.
so, yang penting think positive !

No comments: