Monday 13 August 2012

Seminar Motivasi Saya Juara





gambar hiasan semata. Fisss


7 Ogos 2012 yg lalu kat sekolah ada Seminar Motivasi.
Best jugak penceramah di ni ekkk.. Terpukau juga aku ngan kengkawan yg lain.
Terpukau ? Maksud aku tertarik. Hehhe.
Cara dia menaikkan semangat calon2 Spm cam kmi memang aku suka..
Dari situ aku cam bersemangat untuk jawab Exam.
Antara penngisian dalam ceramahnya…
Dia ceta tentang diri dia dulu2, time dia jadi student cam kmi.. Hidup dia susah sangat.
Berbeza dengan apa yg aku susahkan sekarang. Kiranya aku mesti bersyukur dengan apa yang aku ada dan perlu berusaha lagi.

Dulu dya ckap dia kena berjalan kaki dalam jarak 9km untuk ke sekolah. Fuhhh…jauh tu kn… Sampai dia pun malas nk gi sekolah sebab jauh kn. Tapi bpa dia risau dan suruh dia pegi sekolah.. Jadi dia tnya ngan bpa dia, kalau dia pegi sekolah pun bukannya dia boleh dapat nombor satu kn.. Bapa dia fikir2 dan cari idea supaya dia nak pi sekolah. Hasil adanya idea bpa dia tu, dia terpaksa mengalah and pergi juga sekolah….. Bapa dia nak sangat dia jadi pegawai kat KK. Sebab bagi bapa dia, kalau dpat kerja hidup dorang akan berubah jadi senang. Jadi itu sahaja harapan yang ada. Hmmmm…

Dipendekkkan cerita, Waktu dia da masuk sekolah menengah.. Bapa dia meninggal dunia. Sedih sangat, dia sedih sangat. Semangat dia untuk jadi pegawai kat KK cam nak hilang. Dia rasa nak berhenti sekolah je. Tapi mama dia tdk mahu. Jadi dia fikirkan cara yang dapat buat dia boleh berhenti sekolah.. Time dulu2 kalau gagal SRP taupun lebih kurang cam PMR Gagal, kena sambung blik tau berhenti sekolah. Jadi dia pun tdk belajar. Kat sini aku tak setuju.. Hehe. Ermmm.. Tapi dia ditakdirkan jumpa dengan seorang budak perempuan tu, katanya manis orangnya. Budak perempuan tu cabar dia supaya dapat keputusan cemerlang untuk SRP, dan kalau dia dapat perempuan ada nak bagi “hadiah”. FeeWittt… Errmmm.. Jadi dia pun dpat keputusan cemerlang dan dia tak jadi berhenti sekolah nampaknya. Nampak tak ? Dia sudah ditakdirkan untuk jadi manusia yang Berjaya…Walaupun ada halangan dan cabaran, ada sahaja yang cuba untuk kekalkan matlamat dia. Best sangatcerita dia kehidupan dia nie. Aku tak dapat cerita dengan baik mungkin kalau korang dengar sendiri mungkn okay kn…. Jadi semua memang dilahirkan untuk berjaya cuma ia mesti disertai dengan usaha yg berterusan dan tinggi.



PENCERAMAH NIE nama Sylvister Dulip Sintia.
Seorang pegawai yang mengendalikan aktiviti “ SAYA JUARA”….
Moral value: Kejayaan memerlukan usaha yang tinggi. Cita2 yang besar perlu perubahan yang besar. Kemiskinan atau masalah kecil bukan penghalang untuk kejayaan atau matlamat yang sudah di mimpikan. (SPM 2012)




No comments: