Friday 7 September 2012

Bangganya kita.


Bangganya kita apabila mampu mempunyai ramai kawan.
Yang sentiasa menghiburkan kita.
Bersama-sama melakukan apa-apa sahaja.
Bukan mudah untuk mencari seorang kawan yang baik.
Sanggup bersama kita apabila kita memerlukannya.
Ia umpama satu dalam seribu.
Dalam persahabatan juga mendesak kita untuk menjaga hati kawan.
Kerana dalam kemesraan dan gurau senda mungkin kadangkala
kita agak berlebihan mungkin juga tak de limit .

Bangganya jikakita mampu ada harta yang banyak..
Sapa tak nak kan.. Memberi keselesaan dalam hidup.
Ada lappy, samsung galaxy note, tinggal kat banglo..
Tapi itu bukan mudah.
Bukan mudah untuk mendapatkannya.
Haihh.. lainlah kalau menang loteri.
Oppss.. Itu duit haram sayang !
Cari duit halal menjanjikan sejuta kebahagiaan melebihi harta yg dimiliki
Adalah lebih baik.

Kebanggaan yang dikecapi selalunya hilang seketika.
Dia tinggalkan kita bila dia dah bosan.
Dia cri org lain.
KENAPA ?

sebab Allah nak kita bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Kebanggaan kadangkala menenggelamkan kita..
Akhirnya lemas dalam pelukan dunia.
Allah nak kita ingat dia..
Allah rindu dengan rintihan dan tangisan kita..
Allah sayang kita..
Allah nak kita kembali padaNya..
Allah nak kita rindukan Dia.





2 comments:

Unknown said...

:)) thanks

Unknown said...

tibe2 je timbul rase insaf dlam diri ni pas bace entry ni..nice entry..^_^ happy blogging..have a nice day...