Sunday 16 September 2012

Segalanya bermula di sini


Apa khabar semuanya ? Hari ni hari Malaysia . 16 September 2012.
Macam mana hari ni anda?
Patriotik tak?
Fuyooo.. Baguslah kalau patriotik.


Ehemm.. Amalan pengibaran Jalur Gemilang semestinya tidak hanya pada hari-hari kemerdekaan tetapi hari-hari pun takpa. Susah ke nak pasang bendera? Mahal ke bendera tu? Pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu lagi lah tidak terkira kan. Kita perlu bersyukur dengan apa yang telah nikmati sekarang.. Usssshh.. serius lak.

HARI MALAYSIA.
Di mana dalam sejarah hari ini, berlaku penggabungan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.

Amacam, betul ke tu?
Hehehe.


SEJARAH BERMULA DI SINI

Dulu kan masyarakat Eropah pernah mengalami keruntuhannya pada Zaman Gelap.

Sebab2 kemerosotan masyarakat Eropah terbahagi kepada beberapa segi, bukan segi tiga ataupun segi empat mahupun segi lima. Hehe J

Banyak kemerosotan yg berlaku. Antaranya pentadbiran dan bandar yang sangat lah tidak baik.

Selain itu juga, aktiviti perdagangan juga tidak dapat dijalankan kerana masyarakat Islam pada masa tu mencapai zaman kegemilangannya dan masyarakat Eropah pula sebaliknya.Masyarakat Islam sememangnya sangat gemilang pada dahulu kala dari segi ekonomi mahupun politik kerana pemimpinnya yang berkaliber dan berkelayakan.

Gereja sebagai institusi keagamaan yang berkuasa pula hnya menumpukan perhatian kepada kerohanian dan persediaan ke akhirat.

Dengan keadaan tersebut, masyarakat lebih menumpukan perhatian kepada kegiatan ekonomi seperti pertanian. Mereka mengamalkan ekonomi sara diri yang tidak memberikan banyak lebihan tanaman.

Mereka tidak dapat berdagang ke utara dan barat Eropah kerana akan berhadapan dengan serangan orang gasar. Ehmm.. orang gasar tu ialah orang Viking dan Magyar..

Setelah zaman Gelap. timbul pula zaman kemuncak, dan zaman Renaissanse.

Melalui zaman-zaman tersebutlah yang menceritakan bagaimana dan mengapa

Imperialisme Barat berminat untuk menguasai Tanah Melayu..

Pada kali agak berbeza sedikit entri sy. Sebenarnya sy sedang cuba mengingati fakta dalam usaha menjawab esei Sejarah.

Mungkin dengan perkongsian, kita dapat menambah pengetahuan kita ttg sejarah dunia. Haha. Mintak maaf ye, mungkin penulisan sy yang agak pelik. Hmmm,mungkin juga ada yang dah tahu ttg apa yg sy smpaikan. Yg pnting aku ingat fkta. Okkkkkkkk. Sape cakap sejarah membuatkan rsa mengantuk ? Sila angkat tgn….



1 comment:

YuNO.nYc2X said...

Selamat Hari Malaysia :)